Isnin, 21 Ogos 2023

Panduan Menjawab Skor Kompetensi Digital Tahun 2023


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) bagi tahun 2023. Murid yang terlibat perlu menjalani ujian tersebut sehingga berjaya.

DCS adalah instrument penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan menilai tahap kompetensi murid.

Cara Log In DCS Murid Sekolah

 Berikut adalah cara daftar & pelaksanaan DCS peringkat Murid Sekolah :

  1. Pelajar akan menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan
  2. Pelajar hendaklah menjawab permainan DCS sehingga habis 20 peringkat.
  3. Sijil akan dijana secara automatik dan boleh di muat-turun.
  4. Anda boleh klik sini.



Tempoh pelaksanaan bagi murid sekolah rendah ialah bermula dari 10 Ogos 2023 hingga 30 November 2023.

Penararafan DCS dalam PAJSK adalah di peringkat negeri.


Khamis, 5 November 2020

MAKLUMAN KPM PELANTAR GOOGLE CLASSROOM

 



Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

Sehubungan itu, bagi membantu para guru untuk berkongsi maklumat atau cadangan dan sebagainya, disyorkan agar menyertai kumpulan Telegram Google Classroom Training di pautan ini: https://t.me/GoogleClassroomTraining

INFO GRAFIK PERMOHONAN KELAS RANCANGAN KHAS 2020

 


Jumaat, 30 Oktober 2020

KESELAMATAN SIBER

 

Panduan Keibubapaan Siber

Dunia dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan juga anak-anak kita. Ia amat pintar, menyediakan peluang untuk belajar, bermain dan bersosial seterusnya menyumbang kepada kemahiran intelektual dan sosial dalam kalangan kanak-kanak. Dengan teknologi yang sentiasa berkembang, dunia dalam talian kini boleh diakses dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja melalui komputer, telefon bimbit, dan peranti-peranti elektronik yang lain. 

Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan pengawasan daripada ibu bapa dan penjaga mereka untuk membantu mereka mendapatkan manfaat daripada dunia dalam talian dan pada masa yang sama, kekal selamat dan bertanggungjawab. 

Panduan ini disediakan untuk membantu ibu bapa dan penjaga mendalami kemahiran keibubapaan siber di dalam dunia digital. Ia akan membantu anda untuk melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak anda secara dalam talian. Di samping itu, ia juga untuk menetapkan peraturan dan garis panduan yang akan dapat melindungi mereka.

Panduan keibubapaan siber


10 Langkah Mudah Kesedaran Keselamatan Siber

Jenayah siber boleh melibatkan semua golongan dan anda perlulah menyedari apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana melindungi diri anda daripada jenayah siber. 

Ketahui langkah-langkah yang boleh di ambil untuk mengenali serangan siber dan seterusnya dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa virus, penipuan dan pancingan data. Berikut adalah 10 langkah mudah kesedaran keselamatan siber yang boleh dipraktikkan bersama:

  1. Gunakan KATA LALUAN
  2. KEMASKINI perisian keselamatan
  3. SIMPAN dan LINDUNGI maklumat
  4. ELAK terpedaya
  5. BERETIKA menggunakan internet dan media sosial
  6. WASPADA jenayah siber
  7. FIKIR sebelum klik
  8. LAPORKAN
  9. AMBIL TAHU
  10. PATUHI

10 Langkah Mudah

POLISI KESELAMATAN SIBER KPM

PEMBESTARIAN SEKOLAH

APAKAH ITU PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri(self-paced).



PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.



KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices.  We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout  their lives.

Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996



The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materialsdeveloped through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004



… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan modenmengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005



SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan:

  1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.


DASAR DAN MATLAMAT

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu:

  1. ICT untuk semua pelajar
  2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
  3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Rabu, 5 April 2017

Program Kem Membaca Hari ke2

Kesinambungan dari kelmarin, Program Kem Membaca diteruskan lagi pada hari ini dengan aktiviti yang merangsang minat murid untuk membaca. Paling meriah ialah acara "Pertandingan Ejaan" secara terbuka yang menawarkan "Special Gift" untuk murid yang berjaya mengeja perkataan yang diberikan dengan betul dan tepat.

Pengacara majlis pada hari ini berjaya menghidupkan suasana dengan gaya "sempoi"dan unsur-unsur suspennya. 'Congrats' buat Cik Norlinawati dan Cik Nor Aine. Kejutan ucapan selamat hari lahir kepada adik aisyah banu juga turut diselitkan ketika acara berjalan.

Dewan menjadi riuh apabila Pn Fatimah Salimin secara tiba-tiba muncul dipentas semasa acara "Teka-teki" dijalankan. Kemunculan beliau sebagai peserta disorak meriah oleh murid, majlis kemudiannya ditenangkan dengan celoteh santai dari pengacara. Bagaimanapun, sorakan sekali lagi bergema apabila beliau berjaya merangkul 'special gift' kerana memberikan jawapan yang betul. Syabasssss!!!!!!!









Inilah kejadian apabila admin berada di belakang murid untuk mengambil "shoot". Berpaling terus murid.

Pk Hem Pn Len Lee Jin


Pegawai teknik sedang 'mengejas' sistem bunyi (En Salehin Tahir)


Pk KoKum Pn Hjh Salmiah





PK Pentadbiran Pn Suzie Joe Laijoh

senyum simpul kata mereka~~~~

Kejutan semasa acara berjalan, adik Aisyah Banu menerima hadiah sempena hari lahir - 'Interprem" Pn Noraini Mail


Pengacara yang sempoi santai Cik Norlinawati Abu Bakar





Terkejut dengan kehadiran admin, kena 'shoot' terus 


Pengacara majlis Cik Nor Aine MY

Gandingan pengacara, berdua lebih baik katanyerrrr





Wachaaaaa!!!!!!



Kelibat admin yang 'awesome' di pentas


Siapa dapat eja, angkat tangan!!!!! Bingung terus pengacara 















saya cikgu!!!!
















Tahap satu pun tidak ingin ketinggalan




Yang penting yakin!!! - adik Aniq 








Tuan Guru Besar En Simon Intim menyampaikan hadiah kepada yang berjaya!!!

Terbaikkkkkk!!!!!!






Begitu 'excited' murid untuk menjawab soalan








lambat pula dapat hadiah ni - adik Amar


















Jelingan bertenaga dari Pn Saibah



Kepada yang berjaya,diucapkan tahniah dan syabas. Jangan risau, esok masih ada peluang lagi!!!

Panduan Menjawab Skor Kompetensi Digital Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) bagi tahun 2023. Murid ...