Panduan Keibubapaan Siber
Dunia dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan juga anak-anak kita. Ia amat pintar, menyediakan peluang untuk belajar, bermain dan bersosial seterusnya menyumbang kepada kemahiran intelektual dan sosial dalam kalangan kanak-kanak. Dengan teknologi yang sentiasa berkembang, dunia dalam talian kini boleh diakses dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja melalui komputer, telefon bimbit, dan peranti-peranti elektronik yang lain.
Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan pengawasan daripada ibu bapa dan penjaga mereka untuk membantu mereka mendapatkan manfaat daripada dunia dalam talian dan pada masa yang sama, kekal selamat dan bertanggungjawab.
Panduan ini disediakan untuk membantu ibu bapa dan penjaga mendalami kemahiran keibubapaan siber di dalam dunia digital. Ia akan membantu anda untuk melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak anda secara dalam talian. Di samping itu, ia juga untuk menetapkan peraturan dan garis panduan yang akan dapat melindungi mereka.
10 Langkah Mudah Kesedaran Keselamatan Siber
Jenayah siber boleh melibatkan semua golongan dan anda perlulah menyedari apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana melindungi diri anda daripada jenayah siber.
Ketahui langkah-langkah yang boleh di ambil untuk mengenali serangan siber dan seterusnya dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa virus, penipuan dan pancingan data. Berikut adalah 10 langkah mudah kesedaran keselamatan siber yang boleh dipraktikkan bersama:
- Gunakan KATA LALUAN
- KEMASKINI perisian keselamatan
- SIMPAN dan LINDUNGI maklumat
- ELAK terpedaya
- BERETIKA menggunakan internet dan media sosial
- WASPADA jenayah siber
- FIKIR sebelum klik
- LAPORKAN
- AMBIL TAHU
- PATUHI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan